Powered By Blogger

Saturday 6 December 2014

Stress dengan thesis,FYP,etc

Assalamualaikum wbt..

bila dah officially final year student ni..masing masing sibukkan diri dengan thesis, final project, assignment, and macam2 la..
ada yang tak tido semalaman, ada pesen manusia yang buat endah tak endah..haa..yang ni memang nak cari maut..ada yang suka  buat last minute..seminggu sebelum nak submit dia baru terkedek2 nak distribute questionnaire ,baru nak start cari tajuk, baru start nak type MUQODDIMAH..

yang tu masalah korang la..pandai2 la hidup..

yang paling kecewa, supervisor reject time dah nak submit thesis.! lagi stress!

ada sahabat ambe ni.. supervisor  diorang inform awal- awal lagi.. "korang buat je dahulu, bila nak submit nanti saya check,seandainya ada kesalahan,tengokla nanti..samada thesis tu berbentuk segitiga,bulat atau blablablablabla"


tapi..Alhamdulillah , supervisor ambe okay..tak ada masalah sangat..cuma kitorang jela bermasalah..haha..

seandainya korang ada masalah sampai rasa nak bunuh diri.. cuba ambil masa untuk tenangkan diri, istighfar,berzikir atau buat la apa yang patut..INSHAALLAH dipermudahkan urusan..

ada certain orang tu bila stress suka buat muka cebik..tau tak cebik tu apa? cari google translate..
boleh bawak effect kepada orang lain tau..tak percaya? korang buat muka stress tak kesahla dekat bilik,kelas ke..confirm orang sekeliling korang pun stress dengan muka  cebik korang tu..sebab ambe pun pernah buat..hahaha..

okayla..renung2kan dan selamat beramal.. =)

Tuesday 2 December 2014



Hadis dan huraian Riwayat : Bukhari & Muslim Daripada Abu Hurairah RA katanya, 




sabda Rasulullah SAW, “lihatlah kepada orang yang lebih rendah tarafnya daripada kamu & janganlah melihat kepada orang yang taraf lebih tinggi, dengan yang demikian kamu tidak akan merperkecilkan nikmat yang dikurniakan Allah kepadaku”. (HR Muslim) 


Di dalam riwayat al-Bukhari menyebut, “apabila kamu melihat kepada orang yang dilebihkan Allah dari segi harta benda & kejadian, maka hendaklah dia melihat kepada orang yang lebih rendah taraf daripadanya”. Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang telah dikurniakan semasa hidup di dunia Umat Islam hendaklah sentiasa merasa cukup dengan apa yang dimilikinya & tidak merasa iri hati terhadap orang yang memperoleh sesuatu nikmat. Islam menyuruh umatnya supaya menaruh rasa simpati terhadap golongan yang kurang bernasib baik & hendaklah menghulurkan bantuan apabila di pinta. 


Orang yang beriman diperintahkan supaya melihat kepada orang yang lebih rendah daripadanya dalam hal-hal keduniaan & di suruh melihat orang yang lebih tinggi daripadanya dalam hal-hal kebajikan & keakhiratan kerana melihat kepada orang yang lebih bernasib baik menyebabkan seseorang itu merasa gelisah, tidak berpuas hati & tidak bersyukur terhadap nikmat Allah, manakala melihat kepada orang yang lebih tinggi dari segi agama & ibadah akan mendorong meningkatkan ibadah dan kebajikan.

                                                      Assalamualaikum...
hai bloggers ..aku dayah..baru starting buat blog..senang citer beginner la dalam dunia blog ni..sebelum ni adalah jugak menyimpan perasaan nak menggondam ( gongdam?) bende alahh nii..tapi sibuk dengan assignment, thesis..almaklumlah..aku ni sentisa sibuk dekat U..haha..okay...panjang pulak duk celoteh..Actually, aku nak story sikit relate dengan gambar  di atas nun sana..


Jodoh
rata-rata duk sibuk persoal pasal jodoh..terutama yang lanjut umur 22 keatas.."ahhh..aku ni bila nak kahwin..? calon da ada..mak ayah pulak tak bagi greenlight lagi.."
ada yang stress tahap dewa sebab calon tak ada lagi.." stress betul aku dengan minah ni,tiap2 hari bergayut..aku, sorang pon tak pandang..tak nak jadi andartu!!" Then,ada jugak manusia yang trauma dengan cinta sebab pernah dipermainkan oleh pasangan..woooahh..bahaye tu..Dan ada juga  yang malas nak pikir pasal kahwin..ada sebab munasabab mungkin..-_+


Kadang-kadang kita sendiri  tak tahu sebenarnya jodoh kita..pendek tinggi, gemuk kurus,pandai n tak berapa nak pandai, cantik buruk, kaya miskin. Allah lebih tahu...



 Allah menciptakan kupu2 itu berpasang-pasangan, sama dengan manusia jugak..berpasangan..tiada yang bersendirian..kalau tidak..tak lahirlah kita kat atas dunia ni..betul tak?

Jodoh itu ada api bertemu air..keras macam kayu bertemu lembut..panas baran bertemu dengan seorang penyabar and so on..nampak tak kat sini..cantik kan susunan Dia..Allah dah atur dah mana yang terbaik..



Kau lari lah celah mane, mahupun pelusuk dunia even kau tak suka..andai itu jodoh kau..accept the hakikat..nama kau dan si dia tercatit di Luh Mahfuz..



Dan Jodoh itu rahsia Allah..sekuat mana kita setia, sehebat mana kita merancang,selama mana kita menunggu, sejujur mana kita menerima kekasih kita..andai tiada jodoh? think possitive dan tak perlu nak serabutkan kepala..haaaa..jangan pergi terjun bangunan pulak...terjun katil tak ape..kah kah kah..




Allah berfirman: “Ketika di­tiupkan ruh pada anak manu­sia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetap­kan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.

kawan2 yang masih ternanti-nanti dan tercari-cari pasangan, Allah dah tentukan jodoh kita ,so, tidak perlulah bagi kita untuk rasa bimbang dan risau. Kalau sudah sampai waktunya, jodoh itu pasti akan datang sendiri.


Allah juga berfirman:

“Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. “
Dengan ayat diatas  Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya  kepada kita bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji dan Janji itu PASTI..



Konklusinya, sahabat2 sekalian tak perlu risau pasal jodoh ni..Adalah nanti tu..sabar sahaja..dan yang stress bagai nak rak tu..tak perlu lah kot..pergi ambil sejadah,solat dan merintih pada Yang Esa..kalut sangat nak kahwin pasai paaa..lek luu... banyak da duit kau nak support bini, anak bagai?






keep DUA'

 wallahua'lam....  -_^