Powered By Blogger

Tuesday 9 June 2015

Ulama' Internet





Ulama' Internet

ghairah melakukan fitnah,
kononnya,
dia lah ulama'
alim
ahli sorga
itu salah ini salah
keaiban orang dijaja sana sini.

itulah manusia bertuhankan internet
hebat dalam segala hal

 hebat, hebat, hebat.




Monday 8 June 2015

Omong kosong



5/3/2011 Perjumpaan bersama Ahli Persatuan Penjaja

Aku masih ingat lagi tarikh ini, dengan gagahnya aku pergi perjumpaan bersama Ahli Persatuan Penjaja dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Hotel KL bersebelahan dengan MAIWP, sepatutnya waktu itu aku kena balik kampung, ada hal. Disebabkan meeting ini hanya setahun sekali (kot), jadi aku pergi jugak supaya aku tak ketinggalan. Rata-ratanya yang hadir semuanya orang dewasa. Pandang diri sendiri " Aku sorang aje ke yang tak berapa nak dewasa yang datang?ohh demm." bisik dalam hati.

Ramai yang pandang pelik dekat aku. Ada aku kesah? Mungkin sebab ketinggian aku yang tak berapa nak matang (pendek) mereka nampak agak pelik. 

Lantak..

Beberapa minit kemudian VIP, tak berapa nak VIP masuk melalui pintu utama yang membelakangi aku. 

*senyap*


" Saya sebagai Presiden Ahli Persatuan Penjaja, saya akan berusaha untuk membela serta memperjuangkan nasib Orang Melayu, Penjaja & Peniaga Kecil Melayu di Wilayah Persekutuan  serta seluruh Malaysia" 

akhir kalam daripada Presiden Ahli Persatuan Penjaja, Dato' Rosli

Dengan kata-kata manis yang dijanjikan oleh Presiden Ahli Persatuan Penjaja Kuala Lumpur,aku dengan yakinnya dan berharap aku akan dapat apa yang aku impikan.

2 tahun kemudian...


Tidak dapat apa-apa maklumbalas. Apabila ditanya berkenaan dengan permohonan gerai, alasan yang mereka berikan. 

" Kami tak buat meeting lagi dengan Dewan Bandaraya, harap bersabar"


sabar..


Setahun kemudian 

Benda yang sama diulang,

Aku: " Bila permohonan saya nak lulus? Hampir 3 tahun saya tunggu."
APJJ: " Dewan Bandaraya tak buat meeting lagi, macam mana borang awak nak lulus. Yuran APJJ dah bayar? Kalau tak bayar, awak tidak aktif dalam Ahli Persatuan." 
Aku: " Duit nak, tapi satu ape pun saya tak dapat. Jangan bodohkan kami Dato'!" nada tegas.

tet tet tet.. talian mati

cis! dasar macai.


2015
Soal perkara yang sama ,

 APJJ: " Dewan Bandaraya tak buat meeting lagi, ramai lagi yang buat permohonan, bukan awak seorang ye"
Aku: " EMPAT tahun saya tunggu, bukannya 4 bulan. Yuran saya sudah bayar. Nak tunggu berapa JUTA baru saya boleh dapat? memang la bukan saya seorang sahaja yang membuat permohonan, kalau semua borang dah perap dalam laci dan mengharapkan duit daripada AHLI apa pun tak akan selesai masalah."

jawapan yang mereka berikan " MOHON BERSABAR DAN BAYAR YURAN AHLI"




Setiap hari, setiap bulan sehinggalah kini, aku menanyakan benda yang sama


Akhirnya, 

Setiap kali aku telefon, mereka langsung tak angkat panggilan aku.


Umpama tanam tebu dipinggir bibir, semuanya OMONG KOSONG.


sekian...

KISAH AKU

sebenarnya panjang lagi ceritanya,so aku pendekkan.penat nak taip.



Thursday 29 January 2015

Peniaga Asing didahulukan


“Baiya, adik manis, tikar ada, tudung ada, mari beli” panggil pemilik kedai kain untuk menarik pelanggan sambil berdiri diluar kedai.
Dahulu, seringkali kita lihat warga Pakistan dan Bangladesh mengayuh basikal, datang rumah ke rumah untuk berniaga kain, tikar dan permaidani. Selang beberapa tahun kemudian mereka menunggang motosikal. Tetapi sekarang  kita boleh lihat, beberapa lot kedai di Jalan Tengku Abdul Rahman, Chow Kit dan sekitar Kuala Lumpur amnya, mereka menguasai perniagaan borong, runcit dan kedai makan. Daripada sekecil-kecil kedai hinggalah sebesar-besarnya.
Lesen perniagaan tergantung di dinding kedai “  Wayati binti Saudagar”. Terang lagi bersuluh nama pemilik kedai adalah warga Indonesia. Hairan atau tidak, bagaimanana warga asing boleh berniaga dan mudah mendapat lesen perniagaan dengan pantas. Sedangkan ramai lagi rakyat Malaysia memohon lesen perniagaan  dan gerai dewan bandaraya Kuala Lumpur malangnya status permohonan gagal sehingga terpaksa membuat rayuan berulang kali. Walhal, bukan mudah untuk mendapatkan lesen perniagaan malah ada juga yang sanggup mengambil jalan mudah membayar melalui bawah meja untuk mendapatkan lesen perniagaan dan gerai dewan bandaraya.
Pengalaman penulis sendiri, beberapa kali penulis membuat permohonan lesen perniagaan dan gerai dewan bandaraya namun status permohonan tetap gagal. Agak kesal dengan tindakan pihak dewan bandaraya umpama anak kandung ditiri-tirikan,anak tiri dikandung-kandungkan. Pihak berkenaan seolah-olah memilih bulu apabila peniaga yang mempunyai hubungan rapat atau kekeluargaan dengan mudah mendapat lesen perniagaan dan penulis yang telah memohon hampir empat tahun dan cukup syarat dipandang sebelah mata sahaja. Persoalannya di sini, di mana hilangnya nilai etika pekerjaan yang sepatutnya dijunjung oleh penjawat awam?
Sekiranya kita lihat, berapa ramai peniaga tempatan yang berniaga di sekitar Kuala Lumpur. Majoriti bilangannya adalah warga asing. Barangkali, bukan warga Indonesia sahaja yang turut terlibat dalam perniagaan malah ramai lagi pendatang tanpa izin (PATI) yang sedang berjinak-jinak dalam perniagaan mereka.
Ramai peniaga tempatan mengeluh dan tidak berpuas hati dengan kebanjiran peniaga asing yang memonopoli perniagaan.  Keadaan ini menjejaskan perniagaan peniaga tempatan kerana peniaga-peniaga asing kebanyakannya warga Pakistan berani melabur dalam jumlah yang besar untuk mendapatkan tempat berniaga dan lesen perniagaan.
Sekarang, pencambahan perniagaan warga asing bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi segenap penjuru negeri seperti di Pahang, Alor Setar, Johor Bharu, Negeri Sembilan dan banyak lagi. Bumi Malaysia memang subur dan bertuah kepada sesiapa yang rajin berusaha termasuk pendatang asing. Kalau tak kaya pun tapi boleh hidup senang. Adakah wujud undang-undang atau peraturan yang mengatakan rakyat asing dibenarkan menjalankan perniagaan di negara ini sebagaimana layaknya pelabur atau pedagang yang berdaftar?
Fenomena warga asing berniaga di negara kita mungkin bukan menjadi isu kepada sesetengah pihak berkuasa tetapi tidak kepada rakyat. Namun begitu, ramai warga tempatan tanpa sedar turut menyokong dari segi menggunakan khidmat atau membeli barangan jualan peniaga asing tersebut. Pekerja asing sepatutnya bekerja dan bukannya menjalankan perniagaan. Mengikut portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia, mereka hanya layak bekerja dalam lima sektor yang dibenarkan kerajaan Malaysia iaitu perkilangan, perladangan, pertanian, pembinaan dan sektor perkhidmatan.
Malangnya, ada juga warga asing berniaga tanpa lesen di tepi tempat meletak kereta, perhentian bas terutamanya di Stesen Bas Pekeliling. Setiap kali penulis pulang dan turun di situ, pasti ada penjual bertanya, “ Mahu beli apaan dik?”. Rata-ratanya, dalam kalangan wanita warga Indonesia. Perkara melibatkan warga asing berniaga ini bukan pihak berkuasa tidak nampak tetapi ada di antara mereka buat tidak endah sehinggalah ada diantara peniaga- peniaga Melayu kita membuat laporan kepada pihak atasan. Sama ada kita sedar atau tidak, pendatang asing menguasai aktiviti ekonomi negara kita  yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat Malaysia.
lambakan peniaga asing di sekitar Kuala Lumpur            


ps: ni article..kau jangan pelik pulak dengan ayat skema aku