Powered By Blogger

Thursday 29 January 2015

Peniaga Asing didahulukan


“Baiya, adik manis, tikar ada, tudung ada, mari beli” panggil pemilik kedai kain untuk menarik pelanggan sambil berdiri diluar kedai.
Dahulu, seringkali kita lihat warga Pakistan dan Bangladesh mengayuh basikal, datang rumah ke rumah untuk berniaga kain, tikar dan permaidani. Selang beberapa tahun kemudian mereka menunggang motosikal. Tetapi sekarang  kita boleh lihat, beberapa lot kedai di Jalan Tengku Abdul Rahman, Chow Kit dan sekitar Kuala Lumpur amnya, mereka menguasai perniagaan borong, runcit dan kedai makan. Daripada sekecil-kecil kedai hinggalah sebesar-besarnya.
Lesen perniagaan tergantung di dinding kedai “  Wayati binti Saudagar”. Terang lagi bersuluh nama pemilik kedai adalah warga Indonesia. Hairan atau tidak, bagaimanana warga asing boleh berniaga dan mudah mendapat lesen perniagaan dengan pantas. Sedangkan ramai lagi rakyat Malaysia memohon lesen perniagaan  dan gerai dewan bandaraya Kuala Lumpur malangnya status permohonan gagal sehingga terpaksa membuat rayuan berulang kali. Walhal, bukan mudah untuk mendapatkan lesen perniagaan malah ada juga yang sanggup mengambil jalan mudah membayar melalui bawah meja untuk mendapatkan lesen perniagaan dan gerai dewan bandaraya.
Pengalaman penulis sendiri, beberapa kali penulis membuat permohonan lesen perniagaan dan gerai dewan bandaraya namun status permohonan tetap gagal. Agak kesal dengan tindakan pihak dewan bandaraya umpama anak kandung ditiri-tirikan,anak tiri dikandung-kandungkan. Pihak berkenaan seolah-olah memilih bulu apabila peniaga yang mempunyai hubungan rapat atau kekeluargaan dengan mudah mendapat lesen perniagaan dan penulis yang telah memohon hampir empat tahun dan cukup syarat dipandang sebelah mata sahaja. Persoalannya di sini, di mana hilangnya nilai etika pekerjaan yang sepatutnya dijunjung oleh penjawat awam?
Sekiranya kita lihat, berapa ramai peniaga tempatan yang berniaga di sekitar Kuala Lumpur. Majoriti bilangannya adalah warga asing. Barangkali, bukan warga Indonesia sahaja yang turut terlibat dalam perniagaan malah ramai lagi pendatang tanpa izin (PATI) yang sedang berjinak-jinak dalam perniagaan mereka.
Ramai peniaga tempatan mengeluh dan tidak berpuas hati dengan kebanjiran peniaga asing yang memonopoli perniagaan.  Keadaan ini menjejaskan perniagaan peniaga tempatan kerana peniaga-peniaga asing kebanyakannya warga Pakistan berani melabur dalam jumlah yang besar untuk mendapatkan tempat berniaga dan lesen perniagaan.
Sekarang, pencambahan perniagaan warga asing bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi segenap penjuru negeri seperti di Pahang, Alor Setar, Johor Bharu, Negeri Sembilan dan banyak lagi. Bumi Malaysia memang subur dan bertuah kepada sesiapa yang rajin berusaha termasuk pendatang asing. Kalau tak kaya pun tapi boleh hidup senang. Adakah wujud undang-undang atau peraturan yang mengatakan rakyat asing dibenarkan menjalankan perniagaan di negara ini sebagaimana layaknya pelabur atau pedagang yang berdaftar?
Fenomena warga asing berniaga di negara kita mungkin bukan menjadi isu kepada sesetengah pihak berkuasa tetapi tidak kepada rakyat. Namun begitu, ramai warga tempatan tanpa sedar turut menyokong dari segi menggunakan khidmat atau membeli barangan jualan peniaga asing tersebut. Pekerja asing sepatutnya bekerja dan bukannya menjalankan perniagaan. Mengikut portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia, mereka hanya layak bekerja dalam lima sektor yang dibenarkan kerajaan Malaysia iaitu perkilangan, perladangan, pertanian, pembinaan dan sektor perkhidmatan.
Malangnya, ada juga warga asing berniaga tanpa lesen di tepi tempat meletak kereta, perhentian bas terutamanya di Stesen Bas Pekeliling. Setiap kali penulis pulang dan turun di situ, pasti ada penjual bertanya, “ Mahu beli apaan dik?”. Rata-ratanya, dalam kalangan wanita warga Indonesia. Perkara melibatkan warga asing berniaga ini bukan pihak berkuasa tidak nampak tetapi ada di antara mereka buat tidak endah sehinggalah ada diantara peniaga- peniaga Melayu kita membuat laporan kepada pihak atasan. Sama ada kita sedar atau tidak, pendatang asing menguasai aktiviti ekonomi negara kita  yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat Malaysia.
lambakan peniaga asing di sekitar Kuala Lumpur            


ps: ni article..kau jangan pelik pulak dengan ayat skema aku

No comments:

Post a Comment