Powered By Blogger

Tuesday 2 December 2014



Hadis dan huraian Riwayat : Bukhari & Muslim Daripada Abu Hurairah RA katanya, 




sabda Rasulullah SAW, “lihatlah kepada orang yang lebih rendah tarafnya daripada kamu & janganlah melihat kepada orang yang taraf lebih tinggi, dengan yang demikian kamu tidak akan merperkecilkan nikmat yang dikurniakan Allah kepadaku”. (HR Muslim) 


Di dalam riwayat al-Bukhari menyebut, “apabila kamu melihat kepada orang yang dilebihkan Allah dari segi harta benda & kejadian, maka hendaklah dia melihat kepada orang yang lebih rendah taraf daripadanya”. Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang telah dikurniakan semasa hidup di dunia Umat Islam hendaklah sentiasa merasa cukup dengan apa yang dimilikinya & tidak merasa iri hati terhadap orang yang memperoleh sesuatu nikmat. Islam menyuruh umatnya supaya menaruh rasa simpati terhadap golongan yang kurang bernasib baik & hendaklah menghulurkan bantuan apabila di pinta. 


Orang yang beriman diperintahkan supaya melihat kepada orang yang lebih rendah daripadanya dalam hal-hal keduniaan & di suruh melihat orang yang lebih tinggi daripadanya dalam hal-hal kebajikan & keakhiratan kerana melihat kepada orang yang lebih bernasib baik menyebabkan seseorang itu merasa gelisah, tidak berpuas hati & tidak bersyukur terhadap nikmat Allah, manakala melihat kepada orang yang lebih tinggi dari segi agama & ibadah akan mendorong meningkatkan ibadah dan kebajikan.

No comments:

Post a Comment